Pages

Search This Blog

Loading...

Saturday, June 18, 2011

Stanza Cinta - Nurul Halawati

[<<kandungan]

Penulis : Nurull Halawati
Kod Buku : GB0070
Kod ISBN : 978-983-097-244-2
Harga : RM19.50 [tempah]


Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

      Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba,  “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

Friday, May 27, 2011

Majalah Solusi Isu 32 - Bahana Hasad

[<<kandungan]

TERBARU!!!


Isu 32: Bahana Hasad
Harga: RM9.00 [tempah]



Kandungan
TAFSIR – Dahsyatnya Kiamat dan Janji Neraka ; Ustadz Haji Zahazan Muhammad
HADIS – Israk Mikraj Tidak Logik ; Ustadz Syed Nurhisham
FITRAH – Menutup Aurat Itu Fitrah ; Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj
ISU – Orang Hasad Terseksa Dunia Akhirat ; Pahrol Mohamad Juoi
ISU – Punca dan Kaedah Membuang Hasad ; Pahrol Mohamad Juo
ULFAH – Persaingan Yang Islamik ; Haji Zainuddin Ali
JALAN KELUAR – Hasad: Hijab Kemajuan Islam ; Ustaz Ahmad Baei Jaafar
CERNA MINDA – Dinamiknya Kehidupan ; Ir Ahmad Jais Alias
MAHMUDAH – Hikmah Tidak Mengenal Usia ; Umar Muhammad Noor
HAI ANAK! – Apabila Yang Diimpikan Sekadar Jadi Mimpi; Rashidah Mustafa
HARAMAIN – Kenali Imam Masjidil Haram; Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman
MUTIARA TASAWUF – Bilakah Perlu Bersabar? ; Rashidy Jamil al-Rashid
BEDUK DIKETUK – Orang Bukan Islam Lebih Baik ; Imam Global
SOAL JAWAB SOLAT ; Ustadz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani
SOAL JAWAB FIQAH
MUAMALAT – Menjadi Dai Yang Kreatif ; Ustadz Zaharuddin Abd. Rahman
SOAL JAWAB MUAMALAT ; Ustadz Zaharuddin Abd. Rahman
POTENSI – Iman Tunjang Integriti ; Hj. Muhammad Zakaria(Master Training, Pusat Latihan Sri al-Ain
CERDIK BAIK – Kaedah Mendekatkan Jodoh ; Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
SOAL CINTA – Kisah si Keldai Cinta ; Pahrol Mohamad Juoi
CETUSAN – Anugerah Maulidur Rasul ; Prof. Dr. Sidek Baba
MAQASID SYARIE – Hartamu Jangan Dimusnahkan, Agamamu Jangan Dihapuskan ;  Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
TANBIH – Darurat Bukan Semudah Itu ; Noraslina Jusin
KEMBARA – Pendidikan Pondok dan Pemodenannya ; Haji Muhammad Zakaria
FADHAIL ‘AMAL – Mencari Cahaya di Rumah Allah ; Ustadz Mohd. Gunawan Che Abd Aziz
KIASAN – Umpama Pohon Yang Tidak Gugur Daunnya ; Ustadz Shauqi Othman
REMAJA – Qanaah Merehatkan Jiwamu ;
JEJAK RM – Miskin Kaya Ukuran Dunia, Hina Mulia ; Mahdzir Md Isa
MAHIR – Membina Persepsi Terhadap Masa ; Ahmad Fadzli Yusof
MUNAKAHAT – Langkah Bendul ; Ustad Badli Shah Alaudin
SYIAR – 9 Cara Meraih Sifat Tenang ; Dr. Abd Basit Abd Rahman
TIB NABAWI – Merawat Taun Dengan Kekuatan Jiwa ; Mohd Wahid Abd Hanif
MURABBI – Ummu Salamah:”Andai kanda pergi dulu…” ; Fatimah Syarha Mohd Noordin
MUSLIMAH – Gembirakan Hati Ibu Ayah ; Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood
FIQAH WANITA – Batas Aurat Wanita Dalam Solat ; Husna Hassan
MISTERI ALAM GHAIB – Jin Tidak Dapat Kuasai Orang Soleh ; Dato’ Ismail Kamus
FARAID – Pembunuh Tidak Dapat Pusaka ; Ustadz Md. Yazid Ahmad
ATLAS AL-QURAN – Rumah Ibadat Pertama ; Mohd Wahid Abd Hanif
KAMUS ISTILAH
ANALISIS – Belajar Agama Sepanjang Hayat ; Mohd al-Adib Samuri
FIZIKR – Semut Boleh Bercakap ; Dr Farhan Hadi Mohd Taib
TAUHID – Masih Mahu Menolak Hadis ; Ustadz Mohd. Nidzam Abd. Kadir
I-PODS – Hasad Terhadap Kebenaran ; Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid
JINAYAT – Lesbian Menjatuhkan Maruah Kewanitaan ; Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
AKHIR ZAMAN – Deraan Psikologi Ahli Neraka ; Umar M Noor
PESAN NENEK – Jangan Main Terjah
ANGGUK GELENG 

Wednesday, May 18, 2011

Santai - Perkongsian

KANDUNGAN

Wahai anak, lakukan ini!!

[<<kandungan]

Tidak perlu gundah-gulana dan bingung jika kita pernah bersikap buruk terhadap ibu bapa kita. Segera bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t

Allah berfirman yang bermaksud “Katakanlah: ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampai batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Zumar 39:53).

Setelah bertaubat  dan meminta keampunan daripada Allah s.w.t, maka lakukanlah hal yang terbaik kepada ibu bapa kita. Selaku anak kita hendaklah mendoakan kebaikan bagi mereka. Doakan keampunan bagi mereka dan mohonlah kepada Allah s.w.t agar mengasihi mereka seperti mana mereka mengasihi kita sejak kecil.



-DOA UNTUK IBU BAPA- *

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 


Dipetik daripada Kanz al-Ummal bahawa Saidina Ali berkata: ”Sesiapa menjamin untukku  satu perkara, aku jaminnya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturrahim (berhubungan baik dengan keluarga terdekat) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikan-Nya.”

Jarak dan masa bukanlah masalah untuk kita bersilaturrahim dengan ibu bapa. Malah Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada Muslim yang bersilaturrahim dengan keluarga terdekat. Bagi pelajar, usahakanlah untuk menjenguk ibu bapa kita sekerap mungkin agar mudah bagi kita memohon doa dan reda mereka. Doa daripada kedua-dua ibu ibu bapa kita dapat mempermudahkan urusan kita terutama dalam menuntut ilmu pada zaman yang penuh dengan cabaran ini.

Tanpa kita sedar, doa daripada ibu bapa kitalah yang menjadi kekuatan bagi kita menghadapi kehidupan ini. Semak kisah-kisah para sahabat yang mendidik anak mereka menjadi penjuang. Bagaimana Khunsa merelakan keempat-empat anaknya mati syahid dan mendoakan kebaikan bagi mereka. Begitu juga perjuangan Yassir mempertahankan imannya setelah meliha t pengorbanan sang ibu, Sumayyah.

Mari sahabat, mulai saat ini kita perlu perbaiki hubungan kita dengan ibu bapa kita. Sehebat manapun kita menongkah dunia, kita tidak akan mampu membalas tiap peluh ibu bapa kita yang menitis di atas muka bumi ini untuk membesar dan memberikan keselesaan kepada kita.

Sejauh manapun kejayaan yang kita raih, kita belum dikatakan berjaya jika hubungan kita dengan ibu bapa kita masih “di hujung ingatan”. Letakkan cinta kita kepada mereka selepas cinta kepada Allah dan Rasul. Ibu bapa tidak dapat diganti dengan harta atau kedudukan, tetapi bakti kita kepada mereka dapat menaikkan darjat kita di sisi Allah s.w.t. Cintailah mereka apa adanya dan jangan mengharapkan cinta kita dibalas. Berikan cinta kita kepada mereka dengan jujur dan ikhlas maka tika kita berhadapan dengan Allah s.w.t dengan kelak, kita akan dimasukkan dengan golongan yang melakukan kebaikan dan kebajikan.

Dipetik dari majalah solusi isu 27 . bahagian Suara Kampus- Cintai Mereka Apa Adanya – Ummu Sakinah Hj Muhammad.


Sunday, May 15, 2011

Denyut Kasih Medik - Dr. Farhan Hadi




Penulis : Dr Farhan Hadi
Kod Buku : TBBK1138
Kod ISBN : 978-967-5102-76-9
Harga : RM23.00 [tempah]

Sinopsis Ringkas

Cerita ini mengisahkan tentang seorang doktor pelatih(HO). Dr.Muslih,yang cuba memperjuangkan syariat di hospital. Dia bukan sahaja ingin merawat pesakitnya daripada penyakit fizikal tetapi juga dia ingin merawat penyakit rohani pesakit-pesakit di hospital (doktor + da'ei)

Ketika mula bertugas sebagai HO, dia terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam pesakit dan staf-staf di hospital. Antaranya:

1. penggunaan clexane(sejenis ubat mencairkan darah yang megandungi protein khinzir) secara berleluasa di hospital menyebabkan dia rasa begitu kecewa dengan protokol yang dikeluarkan hospital dan bagi dia, kalau bukan doktor muslim, siapa lagi yang akan ambil berat tentang sensitiviti agama pesakit-pesakit muslim. Dr. Muslih berusaha untuk

TEMPAHAN

Mansor Burhan
012 2605489
email:
rosnam91@gmail.com / rosnam_91@yahoo.com


   Butiran pembelian:-
   Nama penuh      :-
   Alamat               :-
   No telefon          :-
   Email                        :-
   Nama @ kod buku / kuantiti :-

   note:- tempahan anda akan diproses dalam masa 24jam, plg lama 48jam.

Cara Penghantaran:-















Motor = Saya sendiri hantar ke tempat anda (Percuma)
Pos Ekspress = Sesuai utk satu buah buku sahaja (RM3.00)
Pos Laju / City Link = Bergantung kepada berat dan tempat.





Medium Pembayaran:-



- Cash on delivery = bayar ketika mendapat buku (servis penghantaran oleh saya)


- Cash Deposit / Fund Transfer / ATM transfer:-


   Maybank
   Muhammad Mansor bin Burhan
   164324511968
   Bank Islam ;
   Muhammad Mansor bin Burhan
   12047020294104


Friday, May 06, 2011

Majalah Solusi Isu 31 - Sabar Itu Indah


TERBARU!!
Isu 31 : Sabar Itu Indah
Harga : RM9.00 [tempah]
_
"Sabar itu ganjarannya syurga, dengan keyakinan itu penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga sesungguhnya SABAR ITU INDAH"


Boleh Didapati di IIUM:-
- Kiosk Mahallah Hafsa
- Kiosk Mahallah Safiyyah
Kandungan

TAFSIR – Peluang Mendapat Redha Allah ; Ustadz Haji Zahazan Muhammad
HADIS – Hukum Berkaitan Anak Angkat ; Ustadz Syed Nurhisham
FITRAH – Wanita: Keluarga Atau Kerjaya ; Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj
ISU – Sabarlah Dalam Bersabar! ; Pahrol Mohamad Juoi
ISU – Sabar Itu Indah ; Pahrol Mohamad Juo
ULFAH – Lain di Mulu Lain di Hati ; Haji Zainuddin Ali
JALAN KELUAR – Mencabar Wibawa Mukmin ; Ustaz Ahmad Baei Jaafar
CERNA MINDA – Pasak Kehidupan ; Ir Ahmad Jais Alias
MAHMUDAH – Melihat Dengan Mata Akal ; Umar Muhammad Noor
HAI ANAK! – Hati-hati Dalam Berkawan ; Rashidah Mustafa
HARAMAIN – Peliharalah Sejarah dan Hakikatnya ; Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman
MUTIARA TASAWUF – Mengenal Sabar ; Rashidy Jamil al-Rashid
BEDUK DIKETUK – Memerangi Budaya Dosa ; Imam Global
SOAL JAWAB SOLAT ; Ustadz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani
SOAL JAWAB FIQAH
MUAMALAT – Kemaruk Harta Batil? ; Ustadz Zaharuddin Abd. Rahman
SOAL JAWAB MUAMALAT ; Ustadz Zaharuddin Abd. Rahman
POTENSI – Kemahiran Insaniah ; Hj. Muhammad Zakaria(Master Training, Pusat Latihan Sri al-Ain
CERDIK BAIK – Dekatkan Jodoh Anda ; Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
SOAL CINTA – Jangan Membina Cinta di dalam Kuburan ; Pahrol Mohamad Juoi
CETUSAN – Aku Seorang Dai dan Murabbi ; Prof. Dr. Sidek Baba
MAQASID SYARIE – Bahaya dan Bahana Lidah ;  Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
TANBIH – Walau Sekecil Zarah ; Noraslina Jusin
KEMBARA – Pendidikan Pondok Di Kelantan ; Haji Muhammad Zakaria
FADHAIL ‘AMAL – Dia Mendekatkan Aku dengan Allah ; Ustadz Mohd. Gunawan Che Abd Aziz
KIASAN – Bodoh Umpama Keldai ; Ustadz Shauqi Othman
REMAJA – Trend “Taqarrabu Zina” Sebelum Menikah ;
JEJAK RM – Ingin Memeluk Gunung, Tangan Tak Sampai ; Mahdzir Md Isa
MAHIR – Menguasai Masa Anda ; Ahmad Fadzli Yusof
MUNAKAHAT – Tuntutan Kembali Taat ; Ustad Badli Shah Alaudin
SYIAR – 9 Cara Meraih Sifat Tenang ; Dr. Abd Basit Abd Rahman
TIB NABAWI – Jampi Dengan al-Fatihah ; Mohd Wahid Abd Hanif
MURABBI – Ummu Salamah: Terpisah Cinta 3 Beranak ; Fatimah Syarha Mohd Noordin
MUSLIMAH – Gembirakan Hati Ibu Ayah ; Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood
FIQAH WANITA – Solat Wanita di Belakang Lelaki ; Husna Hassan
MISTERI ALAM GHAIB – Nabi Diutus kepada al-Thaqalain ; Dato’ Ismail Kamus
FARAID – Sikap Negatif Berhubung Pengurusan Pusaka ; Ustadz Md. Yazid Ahmad
ATLAS AL-QURAN – Disebalik Kisah Syurga ; Mohd Wahid Abd Hanif
KAMUS ISTILAH
ANALISIS – Nama: Identiti Dunia Akhirat ; Mohd al-Adib Samuri
FIZIKR – Kuarantin: Cara Rasulullah Mencegah Epidemik ; Dr Farhan Hadi Mohd Taib
TAUHID – Kebenaran Dakwaan Perkara Ghaib ; Ustadz Mohd. Nidzam Abd. Kadir
I-PODS – Khabar dari Khaybar ; Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid
JINAYAT – Liwat dan Hukumnya ; Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
AKHIR ZAMAN – Meminimumkan Akses ke Neraka ; Umar M Noor
PESAN NENEK – Budaya “Sedekah Ilmu” di Masjid
ANGGUK GELENG
PELIK TAPI BENAR – Mulianya Hati Seorang Isteri Mujahid ; Ustadz haji Zahazan Mohamed

Pengedar Majalah Solusi diperlukan:-

untung 10%, min 5 naskhah
untung 15%, min 10 naskhah
untung 20%, min 20 naskhah.


hubungi:-
0122605489
rosnam91@gmail.com

Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif

[<<kandungan]





Penulis : Abdul Rahman, B. Pharm
Kod Buku : HSSB1001
Kod ISBN : 978-967-10060-0-9
Harga : RM39.90 [tempah]



BERWASPADA DENGAN UBAT TIDAK HALAL

    Buku 'Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif' ini merupakan dokumentasi ubat-ubatan yang diragui status halalnya dengan info bergambar, jenama, pengeluar, kegunaan, kandungan meragukan dan juga pilihan alternatif. Ia seakan-akan direktori berguna untuk dibawa oleh pesakit ketika berjumpa doktor, manalah tahu jika diberikan ubat-ubatan yang disenarai hitamkan mereka boleh berkata "tidak" dan mereka (doktor) mampu mengubahnya.

    Jika kerajaan masih berahsia tentang tiga produk mengandungi babi, penulis buku ini, seorang ahli farmasi muda, Abdul Rahman lebih berani apabila menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi unsur khinzir. Tahniah berani kerana benar!

 Sebagai tambah nilai, penulis buku ini turut memuatkan fatwa-fatwa perubatan terhadap suntikan insulin dan ubat dari gelatin babi, suntikan Botox, vaksin meningitis, serta imunisasi Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio. Malah penulisnya menampilkan diri sebagai pengamal farmasi dan pesakit dalam satu masa dengan memberikan panduan ringkas mengenai hak-hak pesakit,peranan doktor dan jururawat sebagai pemudah cara serta 'soalan bocor' apa yang sepatutnya pesakit tanya ketika berjumpa doktor.


Keratan Akhbar/Majalah








INFO PENULIS



Seorang ahli Farmasi  kelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman berkhidmat sebagai ahli farmasi di hospital, kedai farmasi, dan juga penganalisa di makmal kimia ubat.

Kini sedang berusaha belajar menulis untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan ilmi yang bermanfaat kepada semua orang.

Wednesday, April 20, 2011

NOVEL - Sejarah Islam (page 2)

[<<back] 1  2

Hulagu Khan - Khabar Hitam Dari timur
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1009
Kod ISBN : 978-983-3892-41-9
Harga : RM24.00 [tempah]

[more info]
Ikramah - Penentang Jadi Pembela
Penulis : Abdul Latip Talip
Kod Buku : PTSB1010
Kod ISBN : 978-983-192-068-8
Harga : RM 22.90 [tempah]



Imam Maliki - Pengarang Kebenaran
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1012
Kod ISBN : 978-983-3892-79-2
Harga : RM24.00 [tempah]

[more info]
Imam Hanafi - Pendebat Kebenaran
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1011
Kod ISBN : 978-983-3892-77-8
Harga : RM24.00 [tempah]

[more info]

Abu Ubaidah - Penakluk Parsi
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Buku : PTSB1003
Kod ISBN : 978-967-5136-21-4
Harga : RM 27.90 [tempah]

[more info]








[<<back] 1  2


Tuesday, April 19, 2011

Biar poket minum

[<<kandungan]


SUATU hari Juha menghadiri pesta perkahwinan. Seorang di antara tetamu tidak hanya makan hidangan yang disediakan sebanyak-banyaknya. Dia juga memasukkan sebahagian makanan ke dalam poketnya untuk dibawa pulang.


      Ketika Juha melihat betapa rakusnya dan tamaknya orang itu, Juha segera mengambil cerek yang berisi air teh. Secara diam-diam, Juha menuangkan air teh ke dalam poket yang penuh dengan makanan itu.


     Tetamu itu terkejut dan marah kepada Juha "Oi, apa yang sedang engkau lakukan?? mengapa poket aku kau tuang dengan air teh..???"


     "Maaf, ak x bermaksud ape2 kawan. Kerana tadi aku melihat betapa banyak makanan yang dimakan dan ditelan oleh poketmu, maka aku risau kalau poketmu kehausan. Disebabkan itu ak beri die minum sepuasnya."


^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...